Jumaat, 18 Mei 2012

Ini kisah cintaku

              


Hari-hari yang ku lalui ku rasakan tersangat indahnya bersama insan yang halal untuk ku kasihi. Begitu bahagia dan tenang...
             Sebelum aku bernikah, aku akui diriku memang seorang yang agak keras dan mungkin jugak sombong dengan kaum lelaki. Aku tidak mahu terjerumus ke arah cinta yang tidak diundang. Biarlah aku tidak mesra. Aku terus berdoa kepada Allah supaya ditemukan aku dengan seorang lelaki soleh dan kuat dakwahnya..
           Sehinggalah pada tahun lepas, abahku mengajukan pertanyaannya untuk menggandingkan aku dengan seseorang. Hatiku ini sangat payah sebenarnya untuk menerima kehadiran seorang lelaki. Aku membuat istikharah. Aku sangat tidak tahu adakah si dia  lelaki yang akan menjadi jodohku. Aku tidak begitu mengenalinya. Aku bersandar pada Allah yang Maha Mengetahui. Jika dia memang untukku maka berkatilah dan mudahkanlah urusan dan jika bukan dia maka palingkanlah  daripadaku. 
          Sungguh, perjalanan jodohku dengan dia begitu mudah. Aku balik daripada Sabah dengan mengambil kesempatan cuti yang singkat untuk bertaaruf dengannya. Ketika pada waktu itu, aku tidak dapat untuk bertaaruf dengan lebih mendalam kerana sifat malu yang ada pada diri aku. Hanya ahli keluarga aku sahaja yang bersembang. Pertemuan yang singkat itu membawa kepada pertunangan  pada beberapa hari berikutnya.
          Aku bertunang dalam masa sebulan sahaja. Dalam masa itu tiada perasaan angau timbul pada diriku kerana aku sentiasa berusaha untuk tidak menimbulkan sebarang perasaan itu kerana bagiku ianya hanya akan halal pada waktu ku bernikah sahaja. Aku menjadi seperti kosong  dan blur kerana tidak percaya akan bernikah dalam waktu yang singkat. Aku terus berserah kepada Allah untuk bernikah dengan orang yang tidak ku kenali , tidak pernah ku bercakap dan bertentang mata dengannya. Cuma melihat dari jauh dan daripada gambar sahaja. 
           Sehinggalah pada hari akad nikah ketika aku mula memegang pen untuk menandatangani surat pernikahan, air mata aku tidak henti-henti mengalir. Aku rasa aku belum bersedia lagi.. Aku dah nak nikah dah ka? Aku tak percaya....
             Sah! Hah? dah sah aku bergelar kepada Isteri En Hassan. Aku dah bergelar Puan. Masya Allah.. Itulah perasaan aku ketika itu.
            Dan sekarang sudah hampir 11 bulan kami berkahwin. Aku sesungguhnya sangat bersyukur di atas takdir dan nikmat yang Allah anugerahkan. Si dia sangat penyayang, lucu, soleh, kuat dakwah dan lain-lain lagi. Semoga percintaan ini akan sentiasa mekar. Baru sebentar tadi kami bermesej-mesej cinta. Sesungguhnya percintaan yang bermula di alam pernikahan sangatla sweet.. =). 
            Pesanku kepada sesiapa yang belum bernikah, bersabarlah daripada bercinta sebelum bernikah. Cinta yang halal adalah selepas pernikahan. Barulah cinta itu akan diberkati dan dirahmati. Jangan bercinta lagi... bercinta sebelum pernikahan akan membawa dosa sahaja.
          Akhir kata semoga kita berusaha untuk mendapatkan cinta yang diredhai Allah.. 

Khamis, 9 Februari 2012

Harus United..

Assalamualaikum...

Untukku dan sahabat-sahabatku...
 Kita sebagai guru agama di sekolah harus united..
 Jangan ada dengki-mendengki...
 Jangan ada yang berkira..
 Jangan ada yang malas...
 Jangan ada yang mengumpat..
 Jangan ada yang leka...
 Kita sebagai pendakwah bukat setakat guru agama..
 Kita perlu sebarkan dan fahamkan mereka yang belum memahami..
 Ini tugas kita..
 Kalau kita tak bersatu...
 Macamana pelajar-pelajar dan rakan-rakan kita?
 Kita perlu menjadi murabbi..
 Perbaiki diri dan serulah orang lain..
 Jikalau bukan kita yang menghidupkan agama Islam di sekolah..
siapa lagi..?

Isnin, 6 Februari 2012

BBM

Assalamualaikum..




"Sekarang ni tengah mencari BBM yang sesuai untuk anak murid saya... Itulah yang saya dok pikiaq hari-hari, Mungkin sebab saya cikgu baru. Jadi BBM saya terlalu sedikit dan kena update selalu... Kena kreatif untuk buat BBM supaya anak-anak murid pun suka nak belajaq.. Ermm.. Oleh kerana saya masih baru mengajar.. Jadi memang la kena buat BBM selalu. Nanti dah ada semua tajuk tak payahlah buat lagi. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. Betoi dak? Betoi..

Rabu, 14 September 2011

Tips of Organizing..(Organize things to do)

Assalamualaikum..


Bismillahirrahmanirrahim..


Saya ni xberapa la sangat pandai mengorganize.. la ni dok seronok baca tips-tips organize kat internet. Saja nak kongsi untuk kita semua terutama untuk diri sendiri.


Kita ambik satu dah la tips..Nanti bila-bila tambah lagi..





Do less each day. Don’t fill your day up with things to do. You will end up rushing to do them all. If you normally try (and fail) to do 7-10 things, do 3 important ones instead (with 3 more smaller items to do if you get those three done). This will give you time to do what you need to do, and not rush.


sumber: http://zenhabits.net/peaceful-simplicity-how-to-live-a-life-of-contentment/

Rabu, 10 Ogos 2011

Pelbagai teknik mengajar.


Assalamualaikum..


Bismillahirahmanirrahim..




Ya haghini ghasa nak update lagi blog. Ini pulak adalah untuk mengingatkan balik diri saya sendiri tentang apa yang dah belajaq lama dulu.. Pengajaran dan Pembelajaran anda memboringkan?Mari kita pelbagaikan kaedah-kaedah ni:




  • Belajar sambil main (depa mesti suka ni)
  • Main Peranan
  • Tematik
  • Koperatif/ Kolaboratif
  • Pemudahcaraan
  • Perbincangan
  • Inkuiri
  • Tunjuk cara
  • Penyelesaian masalah
  • Pembelajaran masteri
Ini adalah antara kaedah-kaedah yang boleh kita cuba buat. Usaha dulu nanti Allah permudahkan, Insya Allah. 

Mengutip balik kata-kata suami saya untuk saya pagi tadi:

Cikgu adalah guru, guru adalah pendidik.. pendidik yang berwibawa adalah mereka yang kental jiwanya di dalam cabaran mendidik anak-anak murid di bawah asuhan dengan berbagai karenah dan tingkahlaku. Itu semua adalah titik permulaan untuk mencapai status pendakwah dan persiapan untuk menghadapi masyarakat dan orang ramai yang tentu lebih sukar dan rumit untuk bawa, bimbing dan ajar mereka ketaatan kepada Allah.Insya Allah.




Terakhir.. kita jumpak lagi bila-bila.. Assalamualaikum..

Tackle murid..





Assalamualaikum..


Bismillahirrahmanirrahim..
  
              Hari ni dah masuk 2 bulan dah saya bernikah. Ghasa macam tak percaya lagi ni. Dah masuk ke alam yang penuh dengan pancaroba dan tanggungjawab yang besaq. 
              Sekarang ni saya sedang memikirkan macamana cara untuk memikat hati murid dalam proses pembelajaran. Murid-murid saya pula dalam kategori masalah pendengaran. Payah lagi kalau tak mahir bahasa isyarat lagi. Dulu masa dekat Universiti memangla ada belajaq jugak. Tapi lepas tu dapat posting masalah pembelajaran. Lepas tu lagi, dapat tukaq balik bidang masalah pendengaran. Gabra juga bila dok ingat balik bahasa isyarat ni.
         



    Kalau kita tak prepare untuk masuk kelas mengajar budak.. Uiish kacau gak. Erm..saya ni ada jugak buat preparation tapi mungkin strategi tu tak kena. Ghasa macam geram pulak tak dapat nak tackle hati depa... Satlagi nak masuk kelas ni. Harap-harap jangan ada yang berjalan.err.. Tak larat nak garang dah ni. Saya mesti tukaq plan lain pulak. Beralih kepada aktiviti yang lebih menarik lagi.Tak pa lah, yang penting setiap cikgu perlu ada persediaan untuk mengajar murid-murid yang diamanahkan ini. Sebut pasai amanah ghasa ketaq perut pulak... 




Oklah..selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan profesional dan mantap. Ya untuk saya jugak.




Isnin, 23 Mei 2011

Serba baru..

Pelbagai perkara yang baru akan menjelma dalam hidup saya pada bulan Jun ini.

Sungguh, hidup ini tak dapat dijangka. Ketentuan Allah adalah yang terbaik.

Saya mengharapkan 'hidup baru' saya pada bulan Jun ni menjanjikan perubahan diri yang lebih solehah dan mantap. Amin ya Allah.

La tahzan innallahama'ana........

Jumaat, 25 Mac 2011

Kata-kata perangsang


Listing what you’ve already achieved helps you to get back your motivation because it makes you focus on the distance you’ve already travelled.

Jumaat, 18 Februari 2011

Rintihan cinta......


Aku tahu Engkau Tuhanku Cinta Teragung..
Aku tahu mencintaiMu amat perlu..
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan..
Aku berusaha ke arah itu..
Tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu..
Oh banyak yang datang mengganggu..
Nafsuku dan syaitan terkutuk..
Dunia mempesona menggamit selalu..
Di waktu itu lupaku padaMu..
Cintaku jauh sekali
sekali sekala datang juga..
Walaupun sedikit terasa indahnya..
Kemudian lupa lagi..
Adakalanya lupaku padaMu..
Berpanjangan sekali..
Kemudian sekali-sekala sedar kembali..
Engkau cinta agung.....
Engkau patut dicintai..
Selepas itu ku lupa lagi..
Begitu cintaku kepadaMu Tuhan..
Dengan kelalaian silih berganti..
Oh Tuhan..
Dengan hati yang sedih ini...
Tolonglah aku dengan rahmatMu..
Bantulah aku mencintaiMu..
Agar cinta yang palsu..
Terhapus sendiri..
Itulah harapanku padaMu..

-oleh Mawaddah dengan sedikit pengubahsuaian..

Sabtu, 5 Februari 2011

Takdir





Kita hanya merancang dan berusaha..

Allah yang menentukan segalanya..

Ketentuan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya...

Allah Maha Mengetahui segalaNya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails